bg

Monday, February 23, 2015

places to visit part 1

Assalamualaikum..

amboih tajuk entry macam karangan zaman sekolah naa. well memang dari dulu lagi impian aku nak travel, nak terokai bumi indah ciptaan Ilahi. lagi banyak kita explore tempat,in Sha Allah lagi besar keagungan ciptaan Allah yang dapat kita lihat. Contohnya hang duk kat mesia rasa panas hujan jaa sepanjang tahun, tup tup bangun tido hang dah ada kat Turki main salji pastu travel pegi India fefeling musim bunga then sedar- sedar dah ada kat swiss tengok musim luruh.Subhanallah,semua tinggai kat bumi sama tapi musim berbeza.


first of course impian setiap muslim nak jejak kaki kat tanah suci Makkah.Tempat yang menjadi arah kiblat umat Islam.Kat sana juta-juta manusia yang berbeza warna kulit,negara bersatu menghadap Ilahi.Doa-doa naa aku dapat pi sana.In Sha Allah. aku pun in Sha Allah doa untuk hang pa jugak.






next,amboih banyak pulak tempat nak pegi.Macam kaya gila duit tak tau nak buat apa dak? haha.Ak teringin nak pegi Turki since aku memang suka tempat-tempat sejarah,countryside,kampung-kampung kan.Aku teringin nak tengok hagia sophia.Aku jadi eksaited pun pasai aku tengok cerghita Istanbul Aku datang pastu ada la baca novel plus buku Sultan Muhammad Al-Fateh.Antara tempat yang disebut dalam buku tu ialah (skema gila ayat aku) Bhosporus River,Hagia Sophia yang dulunya gereja pastu jadi masjid selepas kemenangan Sultan Al-Fateh tawan kota konstantinople,perkampungan turki uthmaniyyah..err tu je la aku tau pasai baca buku sekerat jaa.haa satu lagi plus tengok cerita manisnya cinta di copacopadia..padiaaa



ni perkampungan turki uthmaniyyah




Pastu aku nak pegi Cordoba.ni pun pengaruh tb. Dulu aku suka buang masa aku layan cerita suria di cordoba.walaupun tak pernah jejak tapi aku tau tempat tu cantikk.Dulu masa zaman sejarah Islam Cordoba ni salah satu tempat kesenian Islam.Tapi aku tak tau nak tulis pasai apa lagi.Nanti kalau aku rasa nak buang masa aku google la pasal cordoba then aku buat satu entry pulak hokeyy.haha





Then greece,ni sebab pengaruh insta.tehehe



pastu pastu pegi switzerland.haha..tak dak ka orang nak sponsar tiket kat aku ni?ni pengaruh mana pun aku tak tau.Yang aku ingat aku tengok program yasmen Mogahed tu la.Tempat tu Subhanallah tenang sangat.dah la sejuk.start situ aku dah verangan dah.In sha Allah one fine dayy.

tak ke tenang bangun pagi-pagi pastu trus dapat tengok view macam ni




lauterbrunnen

okeyyy..dah dah la berangan.tapi In Sha Allah suatu hari nanti.banyak lagi tempat impian aku ..err sapa ada pintu doremon?bak sini.haha..actually sume gambar ni aku google tapi masa google tu aku dah bayangkan dah aku kat sana tengah tengok keindahan kehijauan bumi ciptaan Ilahi ni.Aku tak kisah pun pegi mana asalkan dapat pegi dengan famili ,orang tersayang.


p/s:aku memang sukaa tempat kampung yang hijau tenang lagi damai.so rasa-rasa mana lagi tempat yang menarik? BD

Happiness

Assalamualaikum..

actually ni je lah tempat aku nak luah perasaan selain dari doa.paham dak?anak bongsu memang lonely.kadang-kadang rasa nak meletup tau bila selalu pendam perasaan. tapi aku tahu aku tak pernah keseorangan. sob sob sob

cerghitanya macam ni, bila abang and kakak kakak hang kawin pastu tiggallah hang yang single sorang-sorang kesunyian. sungguh aku rindu zaman budak budak . zaman main sorok-sorok,naik basikal tayar empat.main bola beracun pastu bila kena bola tu terus mati. Tapi masa tu takkan kembali. Hang teriak la lagu mana pun,masa terguih tik tok tik tok ke depan. Bila Tengok balik gambar zaman kecik-kecik menitis air mata aku.haha drama naa.padahal gambar pun tak dak hilang entah kemana.

Bila pegi ruang tamu,teringat tempat ni la dulu aku main buaya,main kejar-kejar sampai pecah pasu, masuk dapur teringat ni la tempat makan kongsi gelas sama-sama,borak-borak.sekarang rasa kosong.
Masa cuti dulu eksaited nak balik jumpa famili, jumpa parents,tapi sekarang tiba-tiba rasa sedih.

Aku tau cerita aku tergantung tapi aku kena stop. tiba-tiba rasa sebak mencucuk dada.pedih,sedih.hahah. bila aku rasa tenang sikit aku sambung tulis balik naa



gambaq tak dak kaitan dengan cerghita

Wednesday, October 9, 2013

palam

Assalamualaikum.

Wah.Sekarang tengah cuti sem.Alhamdulillah.Dapat balik kampung.Jumpa famili.Well,,sekarang aku masih kat palam lagi,tak balik lagi tapi yang syoknya aku baca status fesbuk kawan-kawan aku yang dah balik.Diorang semua rindu palam.Ayoyo.Aku yang dekat sini meroyan nak balik diorang meroyan ganda dua nak datang sini bilik.

Sekarang baru aku ada masa nak update.uhm.Aku tak tau la kenapa sejak aku belajar kat sini aku memang tak cukup masa.Padahal dulu masa sekolah kelas habis lagi lewat.Balik tu kena basuh baju sekolah.Malam je la masa yang aku ada untuk rehat dan buat homework.revision?mmmm..entahlah.Tapi aku masih ada masa nak tidur...tengok tb.siram pokok bunga -ehem,bajet rajin.-

Tapi sekarang penat tu dah jadi ganda dua.sekarang kalau ikutkan aku balik lagi awal.Tapi macam tak cukup masa.Baru je nak bukak buku tup tup dah pukul sepuluh.Baru je start baca perenggan first.Tup tup dah pukul dua belas.Hiperbola  sangat!.Seriously,kawan aku pun cakap benda sama.Sekaran nak basuh baju pun kena hantar dobi.memang tak cukup masa nak basuh tangan.Hectic gila hidup aku.kalah CEO syarikat.




Ni yang buat aku rasa nan nanges rindu zaman sekolah.Kat sekolah semua benda cikgu buat.Nota cikgu bagi.Tunggu kita yang kena usaha untuk baca je.sekarang,nota-nota  semua kena print out sendiri,Tak ada nota pandai-pandai kaulah nak survive.see,,dulu lain sekarang lain.Aku dah tak boleh nak bandingkan hidup aku dulu dan sekarang.Manusia perlukan perubahan.Dari benda senang lama-lama kita belajar benda susah.

Banyak kali aku rasa down.Tapi aku tak nak mudah putus asa.Bila aku rasa malas aku ingat ma dan ayah aku.Aku harap aku boleh bagi sesuatu yang boleh dibanggakan untuk parents aku.InsyaAllah.tiba-tiba rasa nak nanges.Terima kasih banyak-banyak parents sebab banyak support aku!hihihi

Satu benda yang suka tengok dekat palam ni adalah waktu senja.Tiap-tiap petang kalau ada kesempatan aku tunggu depan tingkap dan pandang langit.Pemandangan tu,subhanallah.Sangat cantik!







housemates dan sahabat kesayangan.


p/s:Satu peringatan untuk diri aku dan semua.Jangan mengeluh dalam menuntut ilmu.Ramai lagi orang yang nak tuntut ilmu tapi tak dapat peluang and don't forget to say Alhamduillah.

Kashmir,India

Assalamualaikum cinta!

Aku tak tau nak update pasal apa.So,aku nak tulis pasal percutian aku dengan famili dekat kashmir je la.Ya lah.mana tau suatu hari nanti kalau aku nak kenang cerita-cerita lama,then aku boleh godek-godek balik apa yang aku tulis ni.


Untuk ke Kashmir kitaorang kena transit di New Delhi dulu.Perjalanan dari Bangalore ke New Delhi lebih kurang 4 jam.Pastu dari New Delhi kami terbang ke Kashmir lebih kurang 2 jam setengah macam tu la ..err nama airport dah tak ingat laa..aku pergi masa penghujung musim sejuk.So,dapatlah merasa main salji segenggam dua.Masa dalam kapal terbang aku dah dapat tengok keputihan salji dekat puncak gunung. Subhanallah!cantik sangat!Pastu cepat-cepat aku letak tangan aku dekat tingkap kapal terbang sebab nak rasa cermin tu sejuk tak.hahaha.Langsung tak ada motif.



subhanallah.cantik sangat view dari atas.

Mula-mula turun dah rasa kesejukan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.Sampai je kat sana dah ada orang jemput.Kitaorang naik van.Sepanjang perjalanan untuk ke tempat penginapan tu memang ramai sangat tentera di kiri dan kanan jalan.First tempat kitaorang pegi ialah Sri Nagar.Bila dah sampai hotel,letak-letak barang terus keluar.Satu benda yang aku respek penduduk kashmir ni ialah diorang ni peramah sangat.DIorang akan datang dan tegur kami pastu tanya "where are you from sir?".."Malaysia?".

"I love malasian people.They are very nice". hah.tu la ayat yang acap kali aku dengar setiap kali diorang tegur kami.Tak kira penjual,,orang yang tengah rehat dekat taman,pemuda-pemuda yang tengah lepak.Sangat peramah.


 Mughal Garden Nishat
see?dekat puncak gunung tu ada salji



belakang tu rumah boat.
kalau tak nak stay kat hotel tapi nak stay kat sini pun boleh.

Dekat Kashmir diorang tak pakai plastik.Diorang guna beg yang kita kat sini biasa dapat time kenduri.Aku pun tak tau nak explain macam mana.Aku memang tak pernah jumpa lagi la kedai yang guna plastik beg ni.Mesra alam kot.Say NO to Polythene!Dekat Sri Nagar suhu macam Cameron Highland.Boleh je jalan rilek-rilek tak payah pakai sweather.Tapi bila nak maghrib je,cuacanya sangat sejuk.Nak pegang gelas pun tak boleh.err,,sekarang tak boleh rilek dah.Kena pakai sweather jugak.Pastu masa nak makan malam,semua tetamu hotel tu makan kat dalam tapi sebab kitaorang bajet cool dengan selambanya bukak pintu dan makan kat luar.Masa nak keluar pak cik yang jaga pintu dah bagitau kat luar tu sejuk tapi kitaorang senyum je.kononnya nak makan sup panas sambil menghirup udara segar tapi baru je nak suap sup dalam mulut tiba-tiba sup tu dah sejuk.ayoyo



semua tahan sejukkk


 dah nak spring.Bunga baru nak berkembang biak

 welcome to pahalgam!

view on the way ke pahalgam

Keesokan harinya kami travel pulak ke Pahalgam.Perjalanan dari Sri Nagar ke pahalgam lebih kurang 3 hingga 4 jam kot.keadaan sekeliling kat sini macam dalam game.suasana kampung.Ada kuda..Kanak-kanak tercegak tunggu tepi jalan.Satu benda yang paling susah nak jumpa dekat kashmir ialah perempuan dan gadis .Sepanjang jalan tu memang susah nak nampak.Pastu jurujual semua lelaki.Pemandangan pun Subhanallah.Cantik sangat-sangat.Ada sungai,bukit-bukau dan dapat tengok salji di puncak-puncak bukit...Hah,cuaca kat sini lagi sejukkk.





penduduk kampung

Di pahalgam kitaorang menginap di MountView hotel.Bilik kitaorang betul-betul menghadap gunung yang diatasnya terdapat salji.Masa ni aku excited sangat nak pegang salji.Pastu dekat depan hotel tu ramai pemuda-pemuda ynag nak cari pendapatan dengan cara bawak pelancong tunggang kuda.Kat sini ada 'mini Swiszland' sebab dah ada saljiiii.Tapi nak pegi dekat tempat tu kena naik kuda lebih kurang dua jam.Petangnya pulak kitaorang jalan-jalan dekat kedai-kedai depan hotel.Masa jalan-jalan relek sangat.Pegi makan tapi tak sanggup nak basuh tangan sebab tangan dah rasa macam nak beku!Makin petang makin sejuk.Last-last semua berkejaran pegi beli gloves.



mini swizland



Esoknya,pagi-pagi lagi kitaorang bertolak ke Gulmarg.Perjalanan lebih kurang 2 jam lebih rasanya.Dan Yeay,,sini aku dapat tengok salji tepi-tepi jalan,atas bumbung rumah..celah-celah pokok.Dari kaki gunung kami dibawa ke hotel yang letaknya di puncak gunung.Hah,kawasan ni memang seratus peratus kawasan bersalji.Alhamdulillah aku dapat jugak rasa pengalaman pegang dan main salji.Nak buat orang salji tapi tak kesampaian sebab sejuk beku.aku pun sempat meluncur salji,meluncur sledge..err..ni pengalaman pertama tau..best sangat.










p/s:aku rindu sangat segala kenangan indak kat Kashmir.Aku harap dengan izin Allah semoga suatu hari nanti aku dapat lagi jejakkan kaki ke sini lagi.Tempat yang sangat cool!


Sunday, January 20, 2013

Setiap orang ada kelemahan

Assalamualaikum.

Well,hari ni aku nak update pasal something yang sangat related dengan diri aku,engkau,engkau dan engkau semua!


Satu sifat yang paling aku tak suka dan aku sedang berusaha untuk kurangkan dan elakkan ialah berprasangaka pada orang lain.Ya,aku tahu ni memang perkara biasa bagi manusia.Aku selalu macam tu dulu.errr..sekarang pun sama sebab tu aku nak kurangkan.Bila aku tengok status-status jiwang kat facebook aku rasa menyampah walaupun kadang-kadang ianya sweet sangat.Lepas aku baca je mesti aku cop orang yang update status ni something.Tapi sebenarnya aku tak boleh buat macam tu sebab aku pun dulu pernah jugak update macam tu.Aku pun tak tahu mungkin orang yang baca status aku dulu pun rasa macam menyampah jugak.

Satu lagi,sebagai perempuan aktiviti mengumpat ni dah jadi macam rutin tau.We talk bad about the others people tanpa berusaha menjaga hati mereka.Biasanya aktiviti ni dilakukan secara berjemaah la kan.Duduk dalam group masa cikgu tak masuk kelas lepas tu cakap pasal keburukan orang lain.Kalau orang yang jadi bahan umpatan tu dengar mesti sedih tambah-tambah lagi kalau kawan sendiri yang mengumpat pasal kita.Tapi kalau orang cakap pasal kita tu maknanya kita berada lebih atas daripada mereka sebab tu mereka cemburu.Tapi dalam sesi mengumpat ni mesti nanti akan ada cerita tambahan untuk menyedapkan jalan cerita.Mana taukan kalau kita dok umpat pasal kawan kita then ada orang lain pulak dok cerita keburukan kita pada orang lain.so,kalau tak nak jadi bahan umpatan jangan cuba mengumpat pasal orang lain.Reminder for me too!

"Ketika kamu merasakan orang-orang membencimu tanpa alasan yang JELAS,
Ingatlah,Allah mencintaimu tanpa SYARAT"




Tapi kalau nak cakap pasal problem aku suka share dengan orang yang berkromosom XY sebab mereka kurang berdrama dan akan simpan rahsia.Ada jugak perempuan yang boleh dipercayai untuk simpan rahsia ni tapi cuma kadang-kadang sahaja.Tapi kelakar la pulak kalau kaum lelaki ni mengumpat.


Satu lagi dalam melaksanakan tuntutan agama.Kalau solat pun lambat-lambat.Aku harap aku tak terasa tapi kenapa tiba-tiba hati aku terasa pulak ni?.Kalau masa sihat pun susah nak buat ibadah apatah lagi masa sakit.Aku Islam dan kalau boleh aku tak nak ianya sekadar tertulis masa nak isi borang dan hanya tertera pada kad pengenalan.Tiap kali solat aku ucap kalimah syahadah.Tapi aku masih jugak buat dosa.manusia banyak yang lalai sebab leka dengan ciptaannya sendiri.Aku pun macam tu jugak.Kan best kalau apple & blackberry hanya sekadar buah dan bukan ciptaan teknologi yang canggih.Sekurang-kurangnya kita dapat halang diri daripada download application yang melalaikan.


Kalau aku cakap manusia ni sombong boleh (termasuk aku).Tapi kenapa?Sebab kita tak pernah berhenti untuk meminta walaupun Allah S.W.T dah banyak memberi.Kita pun jarang bersyukur.Sebelum dapat sesuatu kita tak pernah miss untuk tadah tangan dan berdoa tapi bila dah dapat ada kita ucap alhamdulillah?Kalau ada syukur pada Allah.

Sujudlah sepanjang hidupmu,
Semakin banyak kita bersujud,Semakin tinggi kedudukan kita disisi Allah swt 

Manusia juga punya sikap bertangguh.Contohnya kerja sekolah.Setiap tahun aku berazam nak siapakan semua kerja sekolah yang cikgu bagi tapi hasilnya?tepuk dahi tanya kawan sebelah.Err..tapi tepuk dahi sendiri yea.Bila cikgu nk kutip buku mesti gelabah dan terpaksa tiru kawan sebab kerja yang sebelum ni tak pernah siap.tak terasa.tak terasa.tehhh


Lastly,soal diri kita dengan kata-kata indah ini  ya?sekadar peringatan untuk semua dan diri sendiri.

"Adakah wajah yang indah ini akan bercahaya di akhirat kelak ataupun akan hangus terbakar oleh api neraka?"

"Adakah mata ini adalah mata yang dapat menatap Allah SWT,menatap Nabi Muhammad SAW,menatap para kekasih-Nya di syurga kelak ataupun mata yang akan terburai kerana dosa-dosa yang pernah dilakukan?"

"Adakah kaki kita sentiasa melangkah di jalan Allah sehingga berhak memijak lantai syurga ataupuan ia akan dicabik-cabik oleh duri dan remuk dihentam batu-batu keras dalam neraka?"

"Adakah kulit ini akan tetap indah dan bercahaya ataupun ia akan hangus dijilat api neraka?"

p/s:Aku ingin Berubah.Semoga kita semua dapat melaksanakan segala perintah-Nya dengan ikhlas dan istiqomah.Amin dan InsyaALLAH.

Rajin dan Pembersih itu perlu

Assalamualaikum kawan-kawan,


what on the earth is happen?kenapa aku cakap macam tu?Tak.Maksud aku kenapa aku tulis macam tu?Tapi sebenarnya ni bukan ayat tak puas hati tapi sekadar suka-suka.hikhikhik(maniskan aku gelak).Okey.Siapa yang kena cuci baju tapi pakai mesin basuh?Perempuan.Siapa yang kena kemas rumah bila bersepah ?Perempuan.Siapa yang kena memasak?Perempuan la..Siapa yang kena bla bla bla dan bla?Perempuan jugak.

Okay.Perempuan yang baik sekalian.Jangan mengalah okey!mula-mula mungkin kita akan rasa tekanan hidup sebab banyak sangat kerja yang kena buat.Tapi benda ni bila dah biasa rasa macam makan durian je.Susah kot nak buat!Tak tak.Bukan macam tu.Cuba kau tanya mak kau susah tak nak buat kerja-kerja rumah ni semua?mereka mesti dah tak rasa apa-apa sebab dah biasa kan.Tapi bukan pasal ni aku nak update tau.

Aku nak tanya jujur la kan.Perempuan ni pembersih tak?

Pada aku mungkin ya dan mungkin tidak.Kalau aku la kan,aku memang suka tempat yang bersih okay!gila kau nak suka tempat kotor.Benda yang mesti kemas dalam bilik aku ialah tempat tidur tapi tak kisah la atas katil ke,atas lantai ke,sofa ke.Err..tapi bukan atas bumbung.Bentang tilam atas bumbung?err...tak mungkin kot.Tapi kenapa?sebab aku ada baca ,kalau nak tahu seseorang tu pembersih atau tak tengok tempat tidur mereka.So,kau faham kenapa aku suka tempat tidur yang bersih walaupun bilik macam tongkang pecah?


Tapi dulu masa nak exam SPM tu,atas katil aku macam-macam ada!Katil aku untuk dua orang atau lebih dan dalam erti kata lain katil queen.So,tempat aku tidur memang aku takkan kacau.Tapi bahagian sebelah lagi memang penuh dengan buku-buku dan buku.Kira atas katil ni memang tempat aku stadi la kan.time nak menghafal sesuatu aku akan sandar kepala aku kat dinding sambil duduk atas katil.nanti senang nak hantuk kepala kat dinding kalau susah nak hafal.hahaha.



Kiranya katil aku ni umpama rak buku kedua aku la kan.err,....tapi tak jugak sebab rak buku aku memang kosong sebab semua buku aku letak atas katil kot.Tapi tiap-tiap pagi bila dah bangun tidur tu especially kaum hawa,jangan lupa tau lipat selimut dan susun bantal cantik-cantik.Nanti mesti semangat nak tido balik bila dah tengok katil kemas kan?

Tapi bilik aku takde la kemas sangat.Kemas pada pandangan mata aku tak semestinya kemas pada pandangan mata orang lain dan bersepah di mata aku tak semestinya bersepah pada pandangan mata orang lain.Ada ke macam tu?Bab kemas pada pandangan mata tu aku boleh terima tapi bab bersepah tu memang tak boleh blah.Kalau aku dah nampak bilik aku bersepah takkan tiba-tiba orang lain boleh nampak bilik aku kemas berkilau menyinar kot.

Aku ada jumpa beberapa orang perempuan yang sangat cermat dan teliti.Dia  cakap kat aku bilik dia bersepah.Then bila aku masuk,I don't know what to say.sebab bersepah bagi dia sama taraf dengan bilik aku yang paling bersih.Pastu dia kata dalam almari dia pun bersepah.Bila aku bukak je tetiba aku rasa dia nak sindir aku tau.padahal baju dia dalam almari bukan main tersusun macam lipat baju pakai pembaris dan sesiku L.Untungnya kalau jadi orang macam ni kan?


Perempuan pun kena rajin kan?

Nah!hadiah untuk orang rajin!

kalau tak rajin macam mana nak selesaikan semua tugas yang tak pernah ada penghujung ni?Robot pun lama-lama akan rosak lepas tu jadi besi buruk tapi perempuan tak.Makin lama makin cekap.Macam mak-mak kita semuakan?Tapi jangan la selalu bandingkan perempuan yang rajin tahap dewa dengan perempuan yang pemalas tahap siput ni .errr..tak terasa.tak terasa.

p/s:aku harap one fine day aku mampu ubah tabiat buruk aku dan tabiat pemalas aku ni.Why?because iwant to be a better person!


Friday, January 18, 2013

Setiap ayat ada maknanya!

Assalamualaikum!
Hari ni aku tak nak menulis.Aku nak post gambar je okeyyyhhh?






This is super funny!



and this is just for fun!


p/s:all the pictures is taken from doctorhangout.com