bg

Tuesday, January 24, 2012

Hidup Tak Seindah Novel

Assalamualaikum..

Kenapa perlu kita persoalkan kehidupan kita.bila tengok orang lain happy.Bila baca novel romantik-romantik mesti hati akan cakap

"kan best kalau aku yang jadi pompuan tu"

"kan best kalau pakwe aku macam tu"

Tapi tu semua ayat-ayat dari pompuan la biasanya.Ya dak?ayat lelaki bila baca novel pulak macam mana eh?

"apasal bangang sangat cite ni!"-sambil baling novel.Memang tak ada jiwa langsung!huh


Just for you

Tapi perkara yang aku nak sampaikan bukan berkait dengan kebahagiaan ataupun kegembiraan ke.Well,aku tahu kat luar sana memang ramai gila yang suka baca novel especially gadis-gadis manis di luar sana.Bukan setakat gadis je la,senang cerita semua wanita tak kira sama ada mak budak,anak kepada mak budak, dan so on..Aku rasa lelaki pun ada jugak suka baca novel..betul tak?Hey lelaki,baik mengaku sekarang!


Kalau dalam novel konpem hero-hero tu hensem,kacak,,pangkal nama pulak Tengku,Syed..Mostly macam tu la.Dah tu keje pulak besar-besar,mesti pangkat CEO,pengarah,pilot.Tak main la jawatan-jawatan biasa ni.Si gadis pulak mesti sebaliknya.Maksud aku,si gadis tu mesti berbeza darjat lepas tu mak hero tak berkenan sebab tu la,sebab ni la,macam tu la,macam ni la.Tapi yang penting awek tu mesti ramai orang nak yang tak nak hero je.Jual mahal katakan.Pastu nyesal.Pendek kata lepas gaduh-gaduh baru jatuh hati.so sweet.sweet ke?Tu pendek kata tapi panjang tak cakap apa-apa pun.

Agak-agaknya wujud tak orang macam tu?Kalau ada bak sorang.Aku pun nak jugak!Tapi lelaki je la.kehkehkeh

Novel yang awesome adalah novel yang mampu mengheret emosi pembaca.Maksudnya kalau part sedih pembaca akan menangis then kalau part happy pembaca akan senyum sampai ke telinga.Bukannya bila baca part sedih pembaca siap gelak lagi.Tu namanya maksud yang ingin disampaikan tak sampai.Tapi jarang la jumpa novel yang sedih-sedih.Aku pernah baca novel yang mampu mengalirkan air mata.Aku cuba tahan tapi air mata tetap mangalir jugak.sampai bengkak-bengkak mata.Bangun esok pagi sambung nangis balik.Memang tak senonoh!






p/s:Tak payah persoalkan kehidupan kita,Bersyukurlah.Apa yang kita ada memang kurniaan terbaik untuk kita.Tapi kalau dapat laki hensem atau awek comel macam dalam novel tu kira memang rezeki la kan.hahaha