bg

Thursday, August 4, 2011

kenangan Bulan Ramadan (part 1)

Assalamualaikum.


"saya menyimpan mohor-mohor besar raja-raja dengan ini mengisytiharkan esok puasa"

oh,ayat ini sangat dinanti-nantikan oleh semua.Bila nampak je muka pak cik ni kat tb sume eksited.Nampak muka pak cik ni dalam hati dah niat "esok kena pegi cari baju raya ni".walhal puasa belum pun bermula.Semua orang di sekeliling dipeluk tanda gembira yang teramat.

Malam sebelum tido biasanya dah niat

      " Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala."

setiap orang mesti ada pengalaman masing-masing masa bulan ramadhan ni.Aku pun ada gak.Biasanya bila dah puasa maknanya dah dekat nak raya la tu.Kalau dah puasa tu solat terawih memang ada tiap-tiap malam.

Aku bab nak pegi terawih ni memang agak susah.Aku dulu memang pegi terawih tiap-tiap malam.



Bila sampai je masjid aku sembahyang isyak berjemaah dengan imam.Masa sembahyang isyak aku memang tak de masalah.Biasanya dulu akan ada dua atau tiga orang kawan aku yang sembahyang kat masjid yang sama dengan aku.aku hepi gile bhai.Hepi disini bukan bermaksud aku gembira dapat mengeratkan hubungan dengan kawan-kawan walaupun tiap-tiap hari jumpa kat sekolah tapi aku ada makna yang tersendiri di sebalik 'hepi' itu.

Masa rakaat pertama solat terawih aku amik port sebelah mak aku.masuk rakaat kedua pun sama.Tapi bila masuk rakaat seterunya aku undur perlahan-perlahan dua tiga langkah ke belakang.Kalau undur sememangnya ke belakang ya dak?ke ada orang yang mengundur ke depan?

Pastu bila aku dah dok sama level ngan kawan aku,maksud aku belakang para ibu-ibu,makcik-makcik dan bakal mak-mak mertua,ehem,aku masih ikut imam.masa semua jemaah berdiri aku pun berdiri jugak tapi masa nak niat tu biasanya akan ada masalah sebab niat dah terpesong.

"sahaja aku........"bedezupppppppp!

aku dah amik part kat dinding belakang masjid.dok borak-borak dengan kawan-kawan.pastu gelak-gelak sambil tutup mulut.nampak sangat sopan aku dan kawan-kawan gelak biarpun disaat tu solat terawih ditinggalkan.hek hek hek




pastu bila semua jemaah dah duduk nak baca tahiyat akhir aku dengan kawan-kawan pun berjalan secara berjemaah menuju kat tempat masing-masing.pura-pura semayang dengan kusyuknya,bila dah siap ada sesetengah mata dah merah sebab menguap.Mata aku dan kawan-kawan sangat segar.mak cik-mak cik senyum je tengok.sejuk hati walaupun budak-budak tapi semayang berjemaah dan muka sangat ceria.padahal hanya aku yang tahu.......

*******************************************
Bab sahur pulak lain cerita.nak bangun pagi pun susah.makan sangat tak lalu tapi pukul 7 pagi dah rasa lapar.padan muka,sapa suruh jual mahal masa sahur..biskut kering dan air kosong pun rasa sangat nikmat.ha ha ha



Biasanya petang-petang akan ada bazar ramadhan.bila aku sampai je kat sini semua benda rasa nak beli.sekali dengan kedai-kedai,payung-payung dan penjual dia sekali,sangat pelahap.boleh dikatakan hampir semua orang kat bazar tu beli makanan sampai penuh tangan.

Tapi bila masa berbuka minum air kosong pun dah rasa kenyang.last-last makanan tu simpan pulak untuk sahur.macam tulah lumrah bulan puasa..

sebulan selepas itu....


 
p/s;raya sekarang tak meriah macam dulu,kad raya pun susah nak dapat,kalau dapat ucapan hari raya pun sebab ada orang tag kat fesbuk.tapi baik macam tu dari takde langsung.ya dak?