bg

Sunday, January 20, 2013

Setiap orang ada kelemahan

Assalamualaikum.

Well,hari ni aku nak update pasal something yang sangat related dengan diri aku,engkau,engkau dan engkau semua!


Satu sifat yang paling aku tak suka dan aku sedang berusaha untuk kurangkan dan elakkan ialah berprasangaka pada orang lain.Ya,aku tahu ni memang perkara biasa bagi manusia.Aku selalu macam tu dulu.errr..sekarang pun sama sebab tu aku nak kurangkan.Bila aku tengok status-status jiwang kat facebook aku rasa menyampah walaupun kadang-kadang ianya sweet sangat.Lepas aku baca je mesti aku cop orang yang update status ni something.Tapi sebenarnya aku tak boleh buat macam tu sebab aku pun dulu pernah jugak update macam tu.Aku pun tak tahu mungkin orang yang baca status aku dulu pun rasa macam menyampah jugak.

Satu lagi,sebagai perempuan aktiviti mengumpat ni dah jadi macam rutin tau.We talk bad about the others people tanpa berusaha menjaga hati mereka.Biasanya aktiviti ni dilakukan secara berjemaah la kan.Duduk dalam group masa cikgu tak masuk kelas lepas tu cakap pasal keburukan orang lain.Kalau orang yang jadi bahan umpatan tu dengar mesti sedih tambah-tambah lagi kalau kawan sendiri yang mengumpat pasal kita.Tapi kalau orang cakap pasal kita tu maknanya kita berada lebih atas daripada mereka sebab tu mereka cemburu.Tapi dalam sesi mengumpat ni mesti nanti akan ada cerita tambahan untuk menyedapkan jalan cerita.Mana taukan kalau kita dok umpat pasal kawan kita then ada orang lain pulak dok cerita keburukan kita pada orang lain.so,kalau tak nak jadi bahan umpatan jangan cuba mengumpat pasal orang lain.Reminder for me too!

"Ketika kamu merasakan orang-orang membencimu tanpa alasan yang JELAS,
Ingatlah,Allah mencintaimu tanpa SYARAT"




Tapi kalau nak cakap pasal problem aku suka share dengan orang yang berkromosom XY sebab mereka kurang berdrama dan akan simpan rahsia.Ada jugak perempuan yang boleh dipercayai untuk simpan rahsia ni tapi cuma kadang-kadang sahaja.Tapi kelakar la pulak kalau kaum lelaki ni mengumpat.


Satu lagi dalam melaksanakan tuntutan agama.Kalau solat pun lambat-lambat.Aku harap aku tak terasa tapi kenapa tiba-tiba hati aku terasa pulak ni?.Kalau masa sihat pun susah nak buat ibadah apatah lagi masa sakit.Aku Islam dan kalau boleh aku tak nak ianya sekadar tertulis masa nak isi borang dan hanya tertera pada kad pengenalan.Tiap kali solat aku ucap kalimah syahadah.Tapi aku masih jugak buat dosa.manusia banyak yang lalai sebab leka dengan ciptaannya sendiri.Aku pun macam tu jugak.Kan best kalau apple & blackberry hanya sekadar buah dan bukan ciptaan teknologi yang canggih.Sekurang-kurangnya kita dapat halang diri daripada download application yang melalaikan.


Kalau aku cakap manusia ni sombong boleh (termasuk aku).Tapi kenapa?Sebab kita tak pernah berhenti untuk meminta walaupun Allah S.W.T dah banyak memberi.Kita pun jarang bersyukur.Sebelum dapat sesuatu kita tak pernah miss untuk tadah tangan dan berdoa tapi bila dah dapat ada kita ucap alhamdulillah?Kalau ada syukur pada Allah.

Sujudlah sepanjang hidupmu,
Semakin banyak kita bersujud,Semakin tinggi kedudukan kita disisi Allah swt 

Manusia juga punya sikap bertangguh.Contohnya kerja sekolah.Setiap tahun aku berazam nak siapakan semua kerja sekolah yang cikgu bagi tapi hasilnya?tepuk dahi tanya kawan sebelah.Err..tapi tepuk dahi sendiri yea.Bila cikgu nk kutip buku mesti gelabah dan terpaksa tiru kawan sebab kerja yang sebelum ni tak pernah siap.tak terasa.tak terasa.tehhh


Lastly,soal diri kita dengan kata-kata indah ini  ya?sekadar peringatan untuk semua dan diri sendiri.

"Adakah wajah yang indah ini akan bercahaya di akhirat kelak ataupun akan hangus terbakar oleh api neraka?"

"Adakah mata ini adalah mata yang dapat menatap Allah SWT,menatap Nabi Muhammad SAW,menatap para kekasih-Nya di syurga kelak ataupun mata yang akan terburai kerana dosa-dosa yang pernah dilakukan?"

"Adakah kaki kita sentiasa melangkah di jalan Allah sehingga berhak memijak lantai syurga ataupuan ia akan dicabik-cabik oleh duri dan remuk dihentam batu-batu keras dalam neraka?"

"Adakah kulit ini akan tetap indah dan bercahaya ataupun ia akan hangus dijilat api neraka?"

p/s:Aku ingin Berubah.Semoga kita semua dapat melaksanakan segala perintah-Nya dengan ikhlas dan istiqomah.Amin dan InsyaALLAH.

Rajin dan Pembersih itu perlu

Assalamualaikum kawan-kawan,


what on the earth is happen?kenapa aku cakap macam tu?Tak.Maksud aku kenapa aku tulis macam tu?Tapi sebenarnya ni bukan ayat tak puas hati tapi sekadar suka-suka.hikhikhik(maniskan aku gelak).Okey.Siapa yang kena cuci baju tapi pakai mesin basuh?Perempuan.Siapa yang kena kemas rumah bila bersepah ?Perempuan.Siapa yang kena memasak?Perempuan la..Siapa yang kena bla bla bla dan bla?Perempuan jugak.

Okay.Perempuan yang baik sekalian.Jangan mengalah okey!mula-mula mungkin kita akan rasa tekanan hidup sebab banyak sangat kerja yang kena buat.Tapi benda ni bila dah biasa rasa macam makan durian je.Susah kot nak buat!Tak tak.Bukan macam tu.Cuba kau tanya mak kau susah tak nak buat kerja-kerja rumah ni semua?mereka mesti dah tak rasa apa-apa sebab dah biasa kan.Tapi bukan pasal ni aku nak update tau.

Aku nak tanya jujur la kan.Perempuan ni pembersih tak?

Pada aku mungkin ya dan mungkin tidak.Kalau aku la kan,aku memang suka tempat yang bersih okay!gila kau nak suka tempat kotor.Benda yang mesti kemas dalam bilik aku ialah tempat tidur tapi tak kisah la atas katil ke,atas lantai ke,sofa ke.Err..tapi bukan atas bumbung.Bentang tilam atas bumbung?err...tak mungkin kot.Tapi kenapa?sebab aku ada baca ,kalau nak tahu seseorang tu pembersih atau tak tengok tempat tidur mereka.So,kau faham kenapa aku suka tempat tidur yang bersih walaupun bilik macam tongkang pecah?


Tapi dulu masa nak exam SPM tu,atas katil aku macam-macam ada!Katil aku untuk dua orang atau lebih dan dalam erti kata lain katil queen.So,tempat aku tidur memang aku takkan kacau.Tapi bahagian sebelah lagi memang penuh dengan buku-buku dan buku.Kira atas katil ni memang tempat aku stadi la kan.time nak menghafal sesuatu aku akan sandar kepala aku kat dinding sambil duduk atas katil.nanti senang nak hantuk kepala kat dinding kalau susah nak hafal.hahaha.



Kiranya katil aku ni umpama rak buku kedua aku la kan.err,....tapi tak jugak sebab rak buku aku memang kosong sebab semua buku aku letak atas katil kot.Tapi tiap-tiap pagi bila dah bangun tidur tu especially kaum hawa,jangan lupa tau lipat selimut dan susun bantal cantik-cantik.Nanti mesti semangat nak tido balik bila dah tengok katil kemas kan?

Tapi bilik aku takde la kemas sangat.Kemas pada pandangan mata aku tak semestinya kemas pada pandangan mata orang lain dan bersepah di mata aku tak semestinya bersepah pada pandangan mata orang lain.Ada ke macam tu?Bab kemas pada pandangan mata tu aku boleh terima tapi bab bersepah tu memang tak boleh blah.Kalau aku dah nampak bilik aku bersepah takkan tiba-tiba orang lain boleh nampak bilik aku kemas berkilau menyinar kot.

Aku ada jumpa beberapa orang perempuan yang sangat cermat dan teliti.Dia  cakap kat aku bilik dia bersepah.Then bila aku masuk,I don't know what to say.sebab bersepah bagi dia sama taraf dengan bilik aku yang paling bersih.Pastu dia kata dalam almari dia pun bersepah.Bila aku bukak je tetiba aku rasa dia nak sindir aku tau.padahal baju dia dalam almari bukan main tersusun macam lipat baju pakai pembaris dan sesiku L.Untungnya kalau jadi orang macam ni kan?


Perempuan pun kena rajin kan?

Nah!hadiah untuk orang rajin!

kalau tak rajin macam mana nak selesaikan semua tugas yang tak pernah ada penghujung ni?Robot pun lama-lama akan rosak lepas tu jadi besi buruk tapi perempuan tak.Makin lama makin cekap.Macam mak-mak kita semuakan?Tapi jangan la selalu bandingkan perempuan yang rajin tahap dewa dengan perempuan yang pemalas tahap siput ni .errr..tak terasa.tak terasa.

p/s:aku harap one fine day aku mampu ubah tabiat buruk aku dan tabiat pemalas aku ni.Why?because iwant to be a better person!


Friday, January 18, 2013

Setiap ayat ada maknanya!

Assalamualaikum!
Hari ni aku tak nak menulis.Aku nak post gambar je okeyyyhhh?






This is super funny!



and this is just for fun!


p/s:all the pictures is taken from doctorhangout.com

I have nothing to wear!

Assalamualaikum


hai gadis-gadis comellll...


"OMG.I have nothing to wear!"


Hari ni aku rasa tertarik nak cerita pasal kita-kita(refer to perempuan sahaja).oh,ya.Ini merupakan salah satu masalah besar perempuan.nak keluar tapi tak de baju!Risau.Kawan-kawan semua pakai cantik-cantik.Tapi saya?Double risau!Sesuai ke kalau saya padankan baju ni dengan seluar tu?triple risau!

oh man!perempuan kalau nak pakai sesuatu ikut fesyen memang tak mampu!satu benda yang aku heran,baju penuh almari sampai separuh lagi baju kena lipat lepas tu letak tepi almari tapi masih tak de baju nak pakai.Itu lah perempuan.kadang-kadang kita tak mampu nak ikut orang lain.Bila kita dah start beli baju untuk fesyen ni..tup tup bulan depan fesyen lain pulak keluar.Pakai je lah baju yang bersusun-susun setinggi manara Kuala Lumpur yang ada dalam almari tu.

Kita adalah apa yang kita pakai.orang luar akan judge kita melalu cara kita dressing.Tak kisah baju murah asal kemas.Satu lagi,kita kenalah pakai something yang boleh buat kita rasa selesa dan bukan baju yang boleh buat orang lain selesa.Dan semestinya menutup aurat mengikut syarak.Dan jangan sesekali membazir semata-mata nak beli baju yang berlambak dekat kedai tu.

p/s:aku pun ada masalah sama jugak.tapi kita bukan jumpa orang sama setiap hari.So,pakai je lah apa yang kita rasa sesuai.





Monday, January 14, 2013

Kenangan Masa Lalu

Assalamualaikum...

Jujurnya hidup sebagai budak lepasan SPM ni sangat bosan.Aku habis paper Bio pada 27 November.So,keesokan harinya aku memang rasa pelik.Aku tak tau nak buat apa.Kerja aku pandang dinding dalam bilik pastu senyum sorang-sorang sebab teringat kenangan dulu.Okay,fine.Itu kerja gila namanya.

Aku rindu sangat zaman sekolah.Bangun pagi-pagi pastu jumpa kawan-kawan yang awesome.Double rindu!Aku rindu nak berkumpul dengan kawan-kawan dalam tempat yang sekecil bilik darjah.Walaupun kelas kecil tapi tak de lah sampai berhimpit-himpit.Aku rindu nak bangun pagi-pagi untuk bersengkang mata menyiapkan kerja sekolah.Aku rindu nak pergi sekolah pastu pagi-pagi pinjam nota kawan dan tiru!Aktiviti ni la yang paling aku rindu.




Satu benda lagi yang aku rindu ialah ragam kawan-kawan.Tiap-tiap kami ketawa bersama-sama sebab tindakan di luar dugaan.Aku suka tidur dalam kelas pastu masa aku tidur biasanya ketua kelas akan jerit "semua bangun".Aku yang terkejut ni cepat-cepat bangun pastu ketua kelas senyum je dan yang lain semua gelak.Sebenarnya bukan aku je suka tidur,kawan-kawan depan aku pun sama.


hey!graduasi Dayyyy

Lebih kurang dua bulan sebelum exam cikgu agihkan budak-budak dalam kelas aku kepada beberapa kumpulan.Satu group dalam lima orang.Bila dalam group lagi lah kitaorang rapat.Aku luangkan masa dengan kawan aku dari pagi sampai petang sebab dalan pukul tiga sampai lima aku ada peer tutoring.Dah la kami jumpa tiap-tiap hari.Kalau di tingkatan empat dulu mungkin aku dengan kawan-kawan tak serapat ni sebab kami jumpa hanya pada hari persekolah tapi masa tingkatan lima hari cuti pun kami sekolah.Sangat rajin!!!eeaaauuuwww.Itu normal la untuk budak SPM kan.Nak result gempak kan..heheh

Group aku tiga perempuan dan dua lelaki.Dalam kelas aku ada empat orang je lelaki sebenarnya.kehkehkeh.Dalam group ni la aku lagi banyak gelak.Kawan-kawan aku semua kelakar.Aku akan ingat semua keletah Shahrizal aka Pok cek,Syazmie.Fatihah,Aqillah dan Aimi merangkap sepupu aku.Mereka sangat kelakar,kelakar dan kelakar.Tapi pok cek la paling kelakar.Bila cikgu bagi kerja jer,beberapa minit lepas tu dengar perkataan "siap" dari mulut dia,group lain semua pandang pastu tanya "group awak meme siap doh ko?" tapi they never asked pok cek sebab dia suka menipu.kami dalam kumpulan hanya mampu sebab kertas group aku masih putih bersih.

kalau subjek Bahasa melayu dan Sejarah,

"pok cek,mung tulis jawapan penuh ko point-point jah?"tanya group lain

"group aku kea rajin,aku wat dalam bentuk perenggan."padahal dia tulis dalam bentuk point-point.

"pok cek,mung jawab soalan nombor berapo doh?"

"aku nok siap doh.Dok jawab soalan last doh ni".padahal satu soalan pun tak jawab lagi.


err..nampak tak bagaimana cerianya kelas aku?

p/s:Masa aku mula-mula masuk form 1,aku rindu kenangan masa darjah 6.Then bila aku masuk form 4 aku rindu kenangan masa form 3 (ramai kawan-kawan aku berhijrah ke SBP dan MARA). Agak-agak bila aku masuk universiti nanti aku akan rindu lagi tak semua kenangan ni?