Jujurnya hidup sebagai budak lepasan SPM ni sangat bosan.Aku habis paper Bio pada 27 November.So,keesokan harinya aku memang rasa pelik.Aku tak tau nak buat apa.Kerja aku pandang dinding dalam bilik pastu senyum sorang-sorang sebab teringat kenangan dulu.Okay,fine.Itu kerja gila namanya.
Aku rindu sangat zaman sekolah.Bangun pagi-pagi pastu jumpa kawan-kawan yang awesome.Double rindu!Aku rindu nak berkumpul dengan kawan-kawan dalam tempat yang sekecil bilik darjah.Walaupun kelas kecil tapi tak de lah sampai berhimpit-himpit.Aku rindu nak bangun pagi-pagi untuk bersengkang mata menyiapkan kerja sekolah.Aku rindu nak pergi sekolah pastu pagi-pagi pinjam nota kawan dan tiru!Aktiviti ni la yang paling aku rindu.
Satu benda lagi yang aku rindu ialah ragam kawan-kawan.Tiap-tiap kami ketawa bersama-sama sebab tindakan di luar dugaan.Aku suka tidur dalam kelas pastu masa aku tidur biasanya ketua kelas akan jerit "semua bangun".Aku yang terkejut ni cepat-cepat bangun pastu ketua kelas senyum je dan yang lain semua gelak.Sebenarnya bukan aku je suka tidur,kawan-kawan depan aku pun sama.
hey!graduasi Dayyyy
Lebih kurang dua bulan sebelum exam cikgu agihkan budak-budak dalam kelas aku kepada beberapa kumpulan.Satu group dalam lima orang.Bila dalam group lagi lah kitaorang rapat.Aku luangkan masa dengan kawan aku dari pagi sampai petang sebab dalan pukul tiga sampai lima aku ada peer tutoring.Dah la kami jumpa tiap-tiap hari.Kalau di tingkatan empat dulu mungkin aku dengan kawan-kawan tak serapat ni sebab kami jumpa hanya pada hari persekolah tapi masa tingkatan lima hari cuti pun kami sekolah.Sangat rajin!!!eeaaauuuwww.Itu normal la untuk budak SPM kan.Nak result gempak kan..heheh
Group aku tiga perempuan dan dua lelaki.Dalam kelas aku ada empat orang je lelaki sebenarnya.kehkehkeh.Dalam group ni la aku lagi banyak gelak.Kawan-kawan aku semua kelakar.Aku akan ingat semua keletah Shahrizal aka Pok cek,Syazmie.Fatihah,Aqillah dan Aimi merangkap sepupu aku.Mereka sangat kelakar,kelakar dan kelakar.Tapi pok cek la paling kelakar.Bila cikgu bagi kerja jer,beberapa minit lepas tu dengar perkataan "siap" dari mulut dia,group lain semua pandang pastu tanya "group awak meme siap doh ko?" tapi they never asked pok cek sebab dia suka menipu.kami dalam kumpulan hanya mampu sebab kertas group aku masih putih bersih.
kalau subjek Bahasa melayu dan Sejarah,
"pok cek,mung tulis jawapan penuh ko point-point jah?"tanya group lain
"group aku kea rajin,aku wat dalam bentuk perenggan."padahal dia tulis dalam bentuk point-point.
"pok cek,mung jawab soalan nombor berapo doh?"
"aku nok siap doh.Dok jawab soalan last doh ni".padahal satu soalan pun tak jawab lagi.
err..nampak tak bagaimana cerianya kelas aku?
p/s:Masa aku mula-mula masuk form 1,aku rindu kenangan masa darjah 6.Then bila aku masuk form 4 aku rindu kenangan masa form 3 (ramai kawan-kawan aku berhijrah ke SBP dan MARA). Agak-agak bila aku masuk universiti nanti aku akan rindu lagi tak semua kenangan ni?
No comments:
Post a Comment