bg

Friday, May 27, 2011

You are my everything~



one day,a start fell to earth,

it asks me to choose a million dollar or a nice friends,

i choose a million dollar,

why???


because i already have u...





p/s:baris last ayat tu aku refer kepada sume kawan-kawan aku.jeng jeng jeng,hahaha





Sunday, May 22, 2011

Di Manakah Cantiknya Seorang Wanita?

 Assalamualaikum,,,

Makna cantik bagi pandangan manusia..

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

 ************************************

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.
Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Makna cantik pada pandangan Islam


Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman
.
Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

 Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

 Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."

Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."


p/s:aku amik ni dalam iluv islam..aku hanya copy and paste sahaja sebab aku rasa jauh lagi kot untuk aku jadi pompuan macam tu.tapi InsyaAllah ,one fine day kalau aku boleh berubah,aku akan berubah~

Exam!Exam!Exam

assalamualaikum...

 sekadar gambar hiasan

Bace tajuk pun memang tak leh blah,tapi lusa exam aku akan abis exam..akan..akan..InsyaAllah...perghhh!susah la soalan exam nie.aku tak leh bayangkan la kalau exam akhir tahun macam mana.Tu exam akhir tahun,SPM lagi la tak leh bayangkan.Aku jawab exam sambil air mata bercucuran di pipi,sambil jawab aku nangis teresak-esak.ececeh,hiperbola je tu,,


Aku pandang kawan sebelah,relex je dia jawab,aku pandang cikgu kat depan,relek je cikgu tengok budak-budak ni.,aku pandang paper aku,hah!yang ni memang tak leh relek.Tengok fisrt soalan pun dah cemas,belum lagi nak jawab soalan-soalan tu,aku dah mula gelabah,pastu tiba-tiba aku terpandang satu ayat paling bawah kat kertas soalan LIHAT SEBELAH.Ayat ni dia dua patah je,tapi membawa maksud yang besar.Terus aku senyum sorang-sorang sebab aku ingat lagi cikgu cakap

"sebelum jawab soalan,pastikan arahan dibaca"

Memandangkan aku ikut perintah cikgu dan arahan soalan,aku tetiba je jado cool...konfiden je jawab.hehhehhe.. Tapi,tak semetinya kita akan sentiasa berjaya,kadang-kadang bila jawapan yang salah tu la aku akan ingat sampai bila-bila,.pastu tak semestinya kejayaan kita pada hari nie akan membawa kejayaan pada masa depan dan tak semestinya kegagalan kita pada hari akan membawa kegagalan pada masa depan,,

Kegagalan hari ini merupakan sebuah permulaan untuk mendapatkan kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan!
p/s:make a mistake is not a mistake BUT make the same mistake is a big mistake!!ayat madam Nurbaya..hekhekhek