bg

Wednesday, October 9, 2013

palam

Assalamualaikum.

Wah.Sekarang tengah cuti sem.Alhamdulillah.Dapat balik kampung.Jumpa famili.Well,,sekarang aku masih kat palam lagi,tak balik lagi tapi yang syoknya aku baca status fesbuk kawan-kawan aku yang dah balik.Diorang semua rindu palam.Ayoyo.Aku yang dekat sini meroyan nak balik diorang meroyan ganda dua nak datang sini bilik.

Sekarang baru aku ada masa nak update.uhm.Aku tak tau la kenapa sejak aku belajar kat sini aku memang tak cukup masa.Padahal dulu masa sekolah kelas habis lagi lewat.Balik tu kena basuh baju sekolah.Malam je la masa yang aku ada untuk rehat dan buat homework.revision?mmmm..entahlah.Tapi aku masih ada masa nak tidur...tengok tb.siram pokok bunga -ehem,bajet rajin.-

Tapi sekarang penat tu dah jadi ganda dua.sekarang kalau ikutkan aku balik lagi awal.Tapi macam tak cukup masa.Baru je nak bukak buku tup tup dah pukul sepuluh.Baru je start baca perenggan first.Tup tup dah pukul dua belas.Hiperbola  sangat!.Seriously,kawan aku pun cakap benda sama.Sekaran nak basuh baju pun kena hantar dobi.memang tak cukup masa nak basuh tangan.Hectic gila hidup aku.kalah CEO syarikat.




Ni yang buat aku rasa nan nanges rindu zaman sekolah.Kat sekolah semua benda cikgu buat.Nota cikgu bagi.Tunggu kita yang kena usaha untuk baca je.sekarang,nota-nota  semua kena print out sendiri,Tak ada nota pandai-pandai kaulah nak survive.see,,dulu lain sekarang lain.Aku dah tak boleh nak bandingkan hidup aku dulu dan sekarang.Manusia perlukan perubahan.Dari benda senang lama-lama kita belajar benda susah.

Banyak kali aku rasa down.Tapi aku tak nak mudah putus asa.Bila aku rasa malas aku ingat ma dan ayah aku.Aku harap aku boleh bagi sesuatu yang boleh dibanggakan untuk parents aku.InsyaAllah.tiba-tiba rasa nak nanges.Terima kasih banyak-banyak parents sebab banyak support aku!hihihi

Satu benda yang suka tengok dekat palam ni adalah waktu senja.Tiap-tiap petang kalau ada kesempatan aku tunggu depan tingkap dan pandang langit.Pemandangan tu,subhanallah.Sangat cantik!







housemates dan sahabat kesayangan.


p/s:Satu peringatan untuk diri aku dan semua.Jangan mengeluh dalam menuntut ilmu.Ramai lagi orang yang nak tuntut ilmu tapi tak dapat peluang and don't forget to say Alhamduillah.

Kashmir,India

Assalamualaikum cinta!

Aku tak tau nak update pasal apa.So,aku nak tulis pasal percutian aku dengan famili dekat kashmir je la.Ya lah.mana tau suatu hari nanti kalau aku nak kenang cerita-cerita lama,then aku boleh godek-godek balik apa yang aku tulis ni.


Untuk ke Kashmir kitaorang kena transit di New Delhi dulu.Perjalanan dari Bangalore ke New Delhi lebih kurang 4 jam.Pastu dari New Delhi kami terbang ke Kashmir lebih kurang 2 jam setengah macam tu la ..err nama airport dah tak ingat laa..aku pergi masa penghujung musim sejuk.So,dapatlah merasa main salji segenggam dua.Masa dalam kapal terbang aku dah dapat tengok keputihan salji dekat puncak gunung. Subhanallah!cantik sangat!Pastu cepat-cepat aku letak tangan aku dekat tingkap kapal terbang sebab nak rasa cermin tu sejuk tak.hahaha.Langsung tak ada motif.



subhanallah.cantik sangat view dari atas.

Mula-mula turun dah rasa kesejukan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.Sampai je kat sana dah ada orang jemput.Kitaorang naik van.Sepanjang perjalanan untuk ke tempat penginapan tu memang ramai sangat tentera di kiri dan kanan jalan.First tempat kitaorang pegi ialah Sri Nagar.Bila dah sampai hotel,letak-letak barang terus keluar.Satu benda yang aku respek penduduk kashmir ni ialah diorang ni peramah sangat.DIorang akan datang dan tegur kami pastu tanya "where are you from sir?".."Malaysia?".

"I love malasian people.They are very nice". hah.tu la ayat yang acap kali aku dengar setiap kali diorang tegur kami.Tak kira penjual,,orang yang tengah rehat dekat taman,pemuda-pemuda yang tengah lepak.Sangat peramah.


 Mughal Garden Nishat
see?dekat puncak gunung tu ada salji



belakang tu rumah boat.
kalau tak nak stay kat hotel tapi nak stay kat sini pun boleh.

Dekat Kashmir diorang tak pakai plastik.Diorang guna beg yang kita kat sini biasa dapat time kenduri.Aku pun tak tau nak explain macam mana.Aku memang tak pernah jumpa lagi la kedai yang guna plastik beg ni.Mesra alam kot.Say NO to Polythene!Dekat Sri Nagar suhu macam Cameron Highland.Boleh je jalan rilek-rilek tak payah pakai sweather.Tapi bila nak maghrib je,cuacanya sangat sejuk.Nak pegang gelas pun tak boleh.err,,sekarang tak boleh rilek dah.Kena pakai sweather jugak.Pastu masa nak makan malam,semua tetamu hotel tu makan kat dalam tapi sebab kitaorang bajet cool dengan selambanya bukak pintu dan makan kat luar.Masa nak keluar pak cik yang jaga pintu dah bagitau kat luar tu sejuk tapi kitaorang senyum je.kononnya nak makan sup panas sambil menghirup udara segar tapi baru je nak suap sup dalam mulut tiba-tiba sup tu dah sejuk.ayoyo



semua tahan sejukkk


 dah nak spring.Bunga baru nak berkembang biak

 welcome to pahalgam!

view on the way ke pahalgam

Keesokan harinya kami travel pulak ke Pahalgam.Perjalanan dari Sri Nagar ke pahalgam lebih kurang 3 hingga 4 jam kot.keadaan sekeliling kat sini macam dalam game.suasana kampung.Ada kuda..Kanak-kanak tercegak tunggu tepi jalan.Satu benda yang paling susah nak jumpa dekat kashmir ialah perempuan dan gadis .Sepanjang jalan tu memang susah nak nampak.Pastu jurujual semua lelaki.Pemandangan pun Subhanallah.Cantik sangat-sangat.Ada sungai,bukit-bukau dan dapat tengok salji di puncak-puncak bukit...Hah,cuaca kat sini lagi sejukkk.





penduduk kampung

Di pahalgam kitaorang menginap di MountView hotel.Bilik kitaorang betul-betul menghadap gunung yang diatasnya terdapat salji.Masa ni aku excited sangat nak pegang salji.Pastu dekat depan hotel tu ramai pemuda-pemuda ynag nak cari pendapatan dengan cara bawak pelancong tunggang kuda.Kat sini ada 'mini Swiszland' sebab dah ada saljiiii.Tapi nak pegi dekat tempat tu kena naik kuda lebih kurang dua jam.Petangnya pulak kitaorang jalan-jalan dekat kedai-kedai depan hotel.Masa jalan-jalan relek sangat.Pegi makan tapi tak sanggup nak basuh tangan sebab tangan dah rasa macam nak beku!Makin petang makin sejuk.Last-last semua berkejaran pegi beli gloves.



mini swizland



Esoknya,pagi-pagi lagi kitaorang bertolak ke Gulmarg.Perjalanan lebih kurang 2 jam lebih rasanya.Dan Yeay,,sini aku dapat tengok salji tepi-tepi jalan,atas bumbung rumah..celah-celah pokok.Dari kaki gunung kami dibawa ke hotel yang letaknya di puncak gunung.Hah,kawasan ni memang seratus peratus kawasan bersalji.Alhamdulillah aku dapat jugak rasa pengalaman pegang dan main salji.Nak buat orang salji tapi tak kesampaian sebab sejuk beku.aku pun sempat meluncur salji,meluncur sledge..err..ni pengalaman pertama tau..best sangat.










p/s:aku rindu sangat segala kenangan indak kat Kashmir.Aku harap dengan izin Allah semoga suatu hari nanti aku dapat lagi jejakkan kaki ke sini lagi.Tempat yang sangat cool!