bg

Wednesday, October 9, 2013

palam

Assalamualaikum.

Wah.Sekarang tengah cuti sem.Alhamdulillah.Dapat balik kampung.Jumpa famili.Well,,sekarang aku masih kat palam lagi,tak balik lagi tapi yang syoknya aku baca status fesbuk kawan-kawan aku yang dah balik.Diorang semua rindu palam.Ayoyo.Aku yang dekat sini meroyan nak balik diorang meroyan ganda dua nak datang sini bilik.

Sekarang baru aku ada masa nak update.uhm.Aku tak tau la kenapa sejak aku belajar kat sini aku memang tak cukup masa.Padahal dulu masa sekolah kelas habis lagi lewat.Balik tu kena basuh baju sekolah.Malam je la masa yang aku ada untuk rehat dan buat homework.revision?mmmm..entahlah.Tapi aku masih ada masa nak tidur...tengok tb.siram pokok bunga -ehem,bajet rajin.-

Tapi sekarang penat tu dah jadi ganda dua.sekarang kalau ikutkan aku balik lagi awal.Tapi macam tak cukup masa.Baru je nak bukak buku tup tup dah pukul sepuluh.Baru je start baca perenggan first.Tup tup dah pukul dua belas.Hiperbola  sangat!.Seriously,kawan aku pun cakap benda sama.Sekaran nak basuh baju pun kena hantar dobi.memang tak cukup masa nak basuh tangan.Hectic gila hidup aku.kalah CEO syarikat.




Ni yang buat aku rasa nan nanges rindu zaman sekolah.Kat sekolah semua benda cikgu buat.Nota cikgu bagi.Tunggu kita yang kena usaha untuk baca je.sekarang,nota-nota  semua kena print out sendiri,Tak ada nota pandai-pandai kaulah nak survive.see,,dulu lain sekarang lain.Aku dah tak boleh nak bandingkan hidup aku dulu dan sekarang.Manusia perlukan perubahan.Dari benda senang lama-lama kita belajar benda susah.

Banyak kali aku rasa down.Tapi aku tak nak mudah putus asa.Bila aku rasa malas aku ingat ma dan ayah aku.Aku harap aku boleh bagi sesuatu yang boleh dibanggakan untuk parents aku.InsyaAllah.tiba-tiba rasa nak nanges.Terima kasih banyak-banyak parents sebab banyak support aku!hihihi

Satu benda yang suka tengok dekat palam ni adalah waktu senja.Tiap-tiap petang kalau ada kesempatan aku tunggu depan tingkap dan pandang langit.Pemandangan tu,subhanallah.Sangat cantik!







housemates dan sahabat kesayangan.


p/s:Satu peringatan untuk diri aku dan semua.Jangan mengeluh dalam menuntut ilmu.Ramai lagi orang yang nak tuntut ilmu tapi tak dapat peluang and don't forget to say Alhamduillah.

No comments:

Post a Comment