bg

Tuesday, January 24, 2012

Hidup Tak Seindah Novel

Assalamualaikum..

Kenapa perlu kita persoalkan kehidupan kita.bila tengok orang lain happy.Bila baca novel romantik-romantik mesti hati akan cakap

"kan best kalau aku yang jadi pompuan tu"

"kan best kalau pakwe aku macam tu"

Tapi tu semua ayat-ayat dari pompuan la biasanya.Ya dak?ayat lelaki bila baca novel pulak macam mana eh?

"apasal bangang sangat cite ni!"-sambil baling novel.Memang tak ada jiwa langsung!huh


Just for you

Tapi perkara yang aku nak sampaikan bukan berkait dengan kebahagiaan ataupun kegembiraan ke.Well,aku tahu kat luar sana memang ramai gila yang suka baca novel especially gadis-gadis manis di luar sana.Bukan setakat gadis je la,senang cerita semua wanita tak kira sama ada mak budak,anak kepada mak budak, dan so on..Aku rasa lelaki pun ada jugak suka baca novel..betul tak?Hey lelaki,baik mengaku sekarang!


Kalau dalam novel konpem hero-hero tu hensem,kacak,,pangkal nama pulak Tengku,Syed..Mostly macam tu la.Dah tu keje pulak besar-besar,mesti pangkat CEO,pengarah,pilot.Tak main la jawatan-jawatan biasa ni.Si gadis pulak mesti sebaliknya.Maksud aku,si gadis tu mesti berbeza darjat lepas tu mak hero tak berkenan sebab tu la,sebab ni la,macam tu la,macam ni la.Tapi yang penting awek tu mesti ramai orang nak yang tak nak hero je.Jual mahal katakan.Pastu nyesal.Pendek kata lepas gaduh-gaduh baru jatuh hati.so sweet.sweet ke?Tu pendek kata tapi panjang tak cakap apa-apa pun.

Agak-agaknya wujud tak orang macam tu?Kalau ada bak sorang.Aku pun nak jugak!Tapi lelaki je la.kehkehkeh

Novel yang awesome adalah novel yang mampu mengheret emosi pembaca.Maksudnya kalau part sedih pembaca akan menangis then kalau part happy pembaca akan senyum sampai ke telinga.Bukannya bila baca part sedih pembaca siap gelak lagi.Tu namanya maksud yang ingin disampaikan tak sampai.Tapi jarang la jumpa novel yang sedih-sedih.Aku pernah baca novel yang mampu mengalirkan air mata.Aku cuba tahan tapi air mata tetap mangalir jugak.sampai bengkak-bengkak mata.Bangun esok pagi sambung nangis balik.Memang tak senonoh!






p/s:Tak payah persoalkan kehidupan kita,Bersyukurlah.Apa yang kita ada memang kurniaan terbaik untuk kita.Tapi kalau dapat laki hensem atau awek comel macam dalam novel tu kira memang rezeki la kan.hahaha

Thursday, August 4, 2011

kenangan Bulan Ramadan (part 1)

Assalamualaikum.


"saya menyimpan mohor-mohor besar raja-raja dengan ini mengisytiharkan esok puasa"

oh,ayat ini sangat dinanti-nantikan oleh semua.Bila nampak je muka pak cik ni kat tb sume eksited.Nampak muka pak cik ni dalam hati dah niat "esok kena pegi cari baju raya ni".walhal puasa belum pun bermula.Semua orang di sekeliling dipeluk tanda gembira yang teramat.

Malam sebelum tido biasanya dah niat

      " Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala."

setiap orang mesti ada pengalaman masing-masing masa bulan ramadhan ni.Aku pun ada gak.Biasanya bila dah puasa maknanya dah dekat nak raya la tu.Kalau dah puasa tu solat terawih memang ada tiap-tiap malam.

Aku bab nak pegi terawih ni memang agak susah.Aku dulu memang pegi terawih tiap-tiap malam.



Bila sampai je masjid aku sembahyang isyak berjemaah dengan imam.Masa sembahyang isyak aku memang tak de masalah.Biasanya dulu akan ada dua atau tiga orang kawan aku yang sembahyang kat masjid yang sama dengan aku.aku hepi gile bhai.Hepi disini bukan bermaksud aku gembira dapat mengeratkan hubungan dengan kawan-kawan walaupun tiap-tiap hari jumpa kat sekolah tapi aku ada makna yang tersendiri di sebalik 'hepi' itu.

Masa rakaat pertama solat terawih aku amik port sebelah mak aku.masuk rakaat kedua pun sama.Tapi bila masuk rakaat seterunya aku undur perlahan-perlahan dua tiga langkah ke belakang.Kalau undur sememangnya ke belakang ya dak?ke ada orang yang mengundur ke depan?

Pastu bila aku dah dok sama level ngan kawan aku,maksud aku belakang para ibu-ibu,makcik-makcik dan bakal mak-mak mertua,ehem,aku masih ikut imam.masa semua jemaah berdiri aku pun berdiri jugak tapi masa nak niat tu biasanya akan ada masalah sebab niat dah terpesong.

"sahaja aku........"bedezupppppppp!

aku dah amik part kat dinding belakang masjid.dok borak-borak dengan kawan-kawan.pastu gelak-gelak sambil tutup mulut.nampak sangat sopan aku dan kawan-kawan gelak biarpun disaat tu solat terawih ditinggalkan.hek hek hek




pastu bila semua jemaah dah duduk nak baca tahiyat akhir aku dengan kawan-kawan pun berjalan secara berjemaah menuju kat tempat masing-masing.pura-pura semayang dengan kusyuknya,bila dah siap ada sesetengah mata dah merah sebab menguap.Mata aku dan kawan-kawan sangat segar.mak cik-mak cik senyum je tengok.sejuk hati walaupun budak-budak tapi semayang berjemaah dan muka sangat ceria.padahal hanya aku yang tahu.......

*******************************************
Bab sahur pulak lain cerita.nak bangun pagi pun susah.makan sangat tak lalu tapi pukul 7 pagi dah rasa lapar.padan muka,sapa suruh jual mahal masa sahur..biskut kering dan air kosong pun rasa sangat nikmat.ha ha ha



Biasanya petang-petang akan ada bazar ramadhan.bila aku sampai je kat sini semua benda rasa nak beli.sekali dengan kedai-kedai,payung-payung dan penjual dia sekali,sangat pelahap.boleh dikatakan hampir semua orang kat bazar tu beli makanan sampai penuh tangan.

Tapi bila masa berbuka minum air kosong pun dah rasa kenyang.last-last makanan tu simpan pulak untuk sahur.macam tulah lumrah bulan puasa..

sebulan selepas itu....


 
p/s;raya sekarang tak meriah macam dulu,kad raya pun susah nak dapat,kalau dapat ucapan hari raya pun sebab ada orang tag kat fesbuk.tapi baik macam tu dari takde langsung.ya dak?

Tuesday, July 12, 2011

Kucing . Saya. Peristiwa lalu

salam sejahtera dan selamat petang semua!

                         Anda geli kucing?
                                        tapi kenapa?
             aku pun geli kat kucing!


Dulu aku dengan kucing memang rapat.Kami ibarat kawan baik.Dimana ada aku di situlah ada kucing dan begitulah sebaliknya.Tiap petang aku rendam kucing dalam baldi.rendam di sini maksudnya mandikan kucing okay!

Bayangkan dua kali setiap hari aku rendam mandikan kucing tu.Nasib baik tak mati.Aku rasa kalau kucing-kucing tu hidup mesti tiap-tiap malam die balas dendam.

Tapi
itu dulu,sekarang tak lagi.


Peristiwa bermula pada suatu malam,

malam tu abang aku nak undur kete dan kebetulan plak kucing tu nak melintas.kucing tu melintas rilek je,langsung tak tengok kiri kanan.lepas abang aku undur kete,elok-elok je kucing tu kene pijak dek tayar kete.

Hancur der!

Hampir 95 peratus badan kucing tu dah hancur.Famili kucing tu pun tak dapat buat pengecaman mayat.memang kesian,sedih pun ada.


*******************************************************

comel tak? tapi ni bukan kucing aku okay

Lepas tu.aku teman kakak aku jemur kain kat belakang rumah.kitaorang rilek je masa bukak pintu.Lepas je siap jemur kain aku terus naik masa tu kakak aku ikut belakang aku.

Then,dia panggil aku pastu suruh aku tengok bawah.Betul-betul depan tangga.

Aku terpaku dan terdiam,nak tau apasal?

Anak kucing der .tapi dah mati.aku rasa bapak dia makan dia la.Ni bukan haruan makan anak dah,ni dikira kucing makan anak namanya.Yang ni pun hancur gak.

sekadar hiasan

********************************************************
 Last sekali tahun lepas,masa tu tiga orang anak buah aku main kayu kat belakang rumah,mak kucing kat rumah aku baru melahirkan dua ekor baby kucing.Muka baby kucing tu sama je aku tengok tapi tak pandai jalan lagi,dia baru pandai merangkak je.ye la,nak buat macam mana mak dia pun sampai ketua dok merangkak lagi.hek hek hek

kisahnya bermula apabila anak sedara aku pukul baby kucing tu tapi sayang sekor dah mati.lepas tu,tiap kali aku bukak pintu je,mak kucing tu datang "meow..meow" sambil dongak tengok aku.

aku rasa dia tanya mana anak dia kot tapi aku tak sampai hati nak bagitau anak dia dah tak de.

Bayangkan,masa aku nak jemur kain,sebelah tangan pegang penyapu pastu sebelah lagi pegang kain.kononnya nak halau kucing tapi kucing tu rilek je,siap gelakkan aku lagi.bajet nampak anak kucing macam nampak anak rimau.hek hek ehk

err..anak kucing ke anak rimau ni?

p/s:baby kucing tu memang dah mati tapi kucing tu sekarang dah ada cucu,muka maintain sama macam dia.Ni cucu sulung tau!

Thursday, July 7, 2011

Kenangan Zaman Budak-budak

Assalamualaikum...

Masa aku dok sorang-sorang tetiba aku teringat zaman aku kecik-kecik.Tapi zaman aku kecik dulu tak de la fun sangat kalau nak dibandingkan dengan zaman orang dulu-dulu. ya dak?.



masa aku kecik.kat tempat nie la aku selalu main.kat sini dulu ade pokok mangga dan ciku.pokok tu rendang je,bawah pokok penuh dengan dedaun kering,.Tapi sekarang lagi kering.hek hek hek

Aku ingat lagi,satu hari tu aku main masak-masak bawak pokok ciku tu,kalau tak silap dalam pukul 3 petang.aku main sorang-sorang je kot.aku la tukang masak,aku la pembeli,aku jugak yang jadi cashier.Jimat,,jimat,,,pastu tiba-tiba datang dua ekor kucing,bukan ekor je yang datang,sekali dengan kucing-kucing dok sebelah aku.

Lepas tu aku terus nanges sebab kucing bergaduh dan bercakaran sesama mereka.Aku nangis bukan sebab aku sedih kucing tu bergaduh tapi sebab aku takut.Aku dengan femili aku memang spesies tak suka kucing tau.



Ni plak tempat aku dengan abang-abang dan kakak aku main basikal.Dulu jalan ni tak siap lagi,rilek je kitaorang main..Tapi sekarang.aku tak tau la sapa berani main kat sini.Kalau aku memang tak ah.Nak lintas jalan balik sekolah pun takut.

Kalau raya lagi la,bukan setakat raya,kalau time cuti pun jalan kat sini jem gile ah.Tapi tak tau la takut petang-petang ade lagi budak yang main bola sepak ke kat sini.hek hek hek

oh,ni plak tanah lapang sebelah rumah aku.Kat sini dulu bebudak lelaki selalu main bola,aku plak main masak-masak dengan jiran depan umah,Diorang buat tiang gol pakai buluh,bajet dok kat padang bola kat Manchester.,sekarang sume budak-budak ni dah tak jadi budak lagi,sume dah besar.sekarang ni memang tak de pun orang main bola kat sini.

sunyi je sekarang...sob sob sob



Kat sini ade pokok manggis.Rumah aku dulu dah macam kebun,sume pokok ade..Tapi sekarang yang ade cuma dahan-dahan yang kering.Dulu rumah aku macam dusun buah.Pokok belimbing,jambu,mangga,betik sume ada.Sekarang yang ada cuma pokok hiasan je.hek hek hek


p/s:Kalaulah masa boleh diputar kembali tapi sayang kenangan lalu hanya bisa menjadi sejarah..Aku rindu zaman dulu-dulu ehem

Friday, May 27, 2011

You are my everything~



one day,a start fell to earth,

it asks me to choose a million dollar or a nice friends,

i choose a million dollar,

why???


because i already have u...





p/s:baris last ayat tu aku refer kepada sume kawan-kawan aku.jeng jeng jeng,hahaha





Sunday, May 22, 2011

Di Manakah Cantiknya Seorang Wanita?

 Assalamualaikum,,,

Makna cantik bagi pandangan manusia..

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

 ************************************

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.
Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Makna cantik pada pandangan Islam


Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman
.
Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

 Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

 Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."

Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."


p/s:aku amik ni dalam iluv islam..aku hanya copy and paste sahaja sebab aku rasa jauh lagi kot untuk aku jadi pompuan macam tu.tapi InsyaAllah ,one fine day kalau aku boleh berubah,aku akan berubah~

Exam!Exam!Exam

assalamualaikum...

 sekadar gambar hiasan

Bace tajuk pun memang tak leh blah,tapi lusa exam aku akan abis exam..akan..akan..InsyaAllah...perghhh!susah la soalan exam nie.aku tak leh bayangkan la kalau exam akhir tahun macam mana.Tu exam akhir tahun,SPM lagi la tak leh bayangkan.Aku jawab exam sambil air mata bercucuran di pipi,sambil jawab aku nangis teresak-esak.ececeh,hiperbola je tu,,


Aku pandang kawan sebelah,relex je dia jawab,aku pandang cikgu kat depan,relek je cikgu tengok budak-budak ni.,aku pandang paper aku,hah!yang ni memang tak leh relek.Tengok fisrt soalan pun dah cemas,belum lagi nak jawab soalan-soalan tu,aku dah mula gelabah,pastu tiba-tiba aku terpandang satu ayat paling bawah kat kertas soalan LIHAT SEBELAH.Ayat ni dia dua patah je,tapi membawa maksud yang besar.Terus aku senyum sorang-sorang sebab aku ingat lagi cikgu cakap

"sebelum jawab soalan,pastikan arahan dibaca"

Memandangkan aku ikut perintah cikgu dan arahan soalan,aku tetiba je jado cool...konfiden je jawab.hehhehhe.. Tapi,tak semetinya kita akan sentiasa berjaya,kadang-kadang bila jawapan yang salah tu la aku akan ingat sampai bila-bila,.pastu tak semestinya kejayaan kita pada hari nie akan membawa kejayaan pada masa depan dan tak semestinya kegagalan kita pada hari akan membawa kegagalan pada masa depan,,

Kegagalan hari ini merupakan sebuah permulaan untuk mendapatkan kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan!
p/s:make a mistake is not a mistake BUT make the same mistake is a big mistake!!ayat madam Nurbaya..hekhekhek